}

Profile

Super N F A
My name's Nurul Fatin Adibah Bt Anuar 17 years old Malacca Town,Malaysia.
I love Dance and Singing and Reading Book. Life has always been need a huge and need someone special HAHA! i'm single I just wanna put everything down and let go.
Music


Music Beats
music rox my life

CLICK CLICK !
please don't go away
\
Thursday 1 August 2013

Mulakan rutin kecantikan anda hari ini dengan melakukan tip penjagaan kulit cantik dinyatakan;
  • Buang semua produk kecantikan tidak digunakan enam bulan lalu dan dapatkan produk penjagaan kulit digunakan setiap hari. 
  • Minum 8 gelas air putih setiap hari.
  • Lakukan senaman kerana bukan sahaja baik untuk tubuh,tetapi dapat membantu anda mendapatkan kulit cantik dan sihat berseri.
  • Pastikan kulit anda mendapat makanan terbaik menerusi khasiat buah-buahan segar. 
  • Pakai pelembab wajah setiap hari.Pilih pelembap yg bebas minyak.
  • Elakkan kemarahan kerana boleh menyebabkan kerosakkan pada kulit anda.Sentiasa tenang dalam sebarang keadaan.
  • Jangan sentiasa mengenakan solekkan.Biar kulit berehat seketika.
  • Jangan terus tidur tanpa menanggalkan mekap terlebih dahulu.
  • Jangan menggunakan sabun atau sebarang,produk,selain produk penjagaan kulit sesuai dengan kulit anda.
  • Berhenti pengambilan makanan ringan kerana boleh merosakkan kulit.
  • Makanan tambahan seperti vitamin penting untuk kesihatan kulit.Walaupun begitu,tidak bermakna jika anda tidak mengamalkan makan harian yang berkhasiat.
  • Pastikan anda tidur cukup iaitu 8 jam.
     

    Diharap tip ini dapat membantu anda menjaga kulit supaya sihat dan kelihatan cantik.
Wednesday 6 March 2013


1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
 5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah merekameluahkan isi hati mereka.


10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memangtak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan ‘Hi/Assalamualaikum‘ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Note: tidak semestinya 30 perkara diatas semuanya wujud dalam diri setiap wanita..tapi zaman sekarang ni lelaki pun ramai yang ‘apply’ perkara-perkara diatas tu . :-)
Friday 1 February 2013


1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.
2. Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.
3. Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka.
4. Jujur dan sentiasa merendah diri.
5. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka.
6. Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu).
7. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.
8. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki yang anda minati.
9. Jangan terlalu mengongkong.
10. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.
11. Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.
12. Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati untuk ‘plan’ pertama memikat dirinya.
13. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.
14. Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan bererti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.
15. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.
16. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
17. Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.
18. Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.
19. Jangan bandingkan ‘dia’ dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali.
20. Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.
21. Lelaki suka kamu menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.
22. Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.
23. Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.
24. Lelaki tidak suka jika kamu memakai mekap yang terlalu tebal.
25. Mengetahui bila hari lahirnya.
26. Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.
27. Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.
28. Agresif.
29. Jangan terlalu ‘excited’ ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.
30. Jangan terlalu bersikap ‘kelakian’ dan ganas dalam pergaulan.
31. Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan ‘perfect’.
32. Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.
33. Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.
34. Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan.
35. Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.
36. Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.
37. Kenali siapa dirinya sebenarnya sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.
38. Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu!
39. Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah kamu yang kemas.
40. Jangan bersikap terlalu kuno.
41. Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan kamu dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.
42. Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran yang penting tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun.
43. Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu kamu tidaklah perlu terlalu alim.
44. Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.
45. Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.
46. Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati.
47. Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.
48. Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.
49. Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan.
50. Jangan terlalu over nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu!


Melupakan kekasih lama bukannya mudah. Sebab itulah ada sesetengah wanita masih tidak dapat melupakan memori manis bersama bekas teman lelakinya walaupun sudah menemui cinta baru. 
Berikut ialah beberapa tips yang boleh kamu perhatikan untuk mengetahui apakah kekasihmu itu sudah melupakan bekas kekasihnya atau tidak?
1. Dia sering membandingkan kamu dengan bekas teman lelakinya. Ini bermakna dia sebenarnya masih tidak dapat melupakan bekas teman lelakinya, sebab itulah dia sering mengatakan kamu mengingatkannya terhadap si dia.
2. Dia mengajak kamu membina hubungan lebih serius dengan tergesa-gesa. Misalnya berkenalan tidak sampai beberapa bulan sudah mengajak kamu bertunang. Ini bermakna dia sebenarnya cuba menutup perasaan dirinya yang masih berbelah bahagi dan untuk menyelamatkan keadaan, dia membina komitmen baru.
3. Sikapnya sering berubah-ubah. Semalam layanan yang diberikan terhadapmu cukup mesra. Hari ini, dia seolah-olah cuba menjauhkan diri. Jika ini sikapnya, bermakna dia masih lagi terperanjat gara-gara putus cinta dengan bekas teman lelakinya.
4. Berpura-pura gembira. Salah satu cara untuk melupakan bekas kekasih ialah dengan berpura-pura gembira. Dia bersikap seolah-olah tiada apa yang berlaku, sedangkan dia sebenarnya menahan rasa sedih.
5. Simpan gambarnya. Walaupun si dia memberi alasan bahawa dia dah tak ada apa-apa perasaan dan itu hanyalah sekeping gambar, tapi usah dibiarkan. Bahaya tu! Bermakna kenangan di antara mereka berdua akan tetap dalam ingatannya.
Sunday 30 December 2012





1)Kenapa lelaki selalu kata nak telefon tapi takde pun?


Bila dia call maksudnya dia ambil berat; dia cintakan anda; inilah biasanya definisi cinta bagi wanita dalam hal ni.


Definisi lelaki pulak; bila aku kerja kuat dan ada pendapatan yang stabil, aku, pasangan dan keluarga aku akan hidup dengan selesa; semua ini sebab aku sayang, cinta dan ambil berat.


Kalau dia tak call pada masa yang dijanjikan, mungkin dia sibuk, terlupa atau anda boleh tuduh/kata atau rasa anda seolah-olah tak penting dalam hidup dia. Namun itu TIDAK bermakna dia tak cintakan anda!


2) Lelaki tak suka anda bersikap seperti seorang ibu.

Jangan layan lelaki macam budak kecik, jaga semua keperluan dia hingga ke perkara yang kecil-kecil. Banyak benda yang dia boleh buat sendiri dan anda boleh/perlu memberi sokongan untuknya melakukan sendiri.


Lelaki TAK perlukan seorang lagi ibu! Kalau anda bersikap seolah-olah ibu yang menjaga segalanya untuk dia, percayalah dia akan mula mencari cinta yang lain.


3) Perasaan harga diri lelaki antaranya datang dari kejayaannya dalam karier dan apa yang diusahakan.


Oleh itu, amat penting untuk anda memberikan masa, peluang dan ruang untuk dia bercakap tentang kejayaan dalam hidupnya, walaupun boring la pulak anda mendengarnya. Adanya anda sebagai seorang pendengar yang baik pada masa itu adalah satu signal yang menyatakan kepadanya bahawa; Anda adalah seorang yang mengambil berat, prihatin, seorang yang boleh berkongsi hidup bersama dirinya, seorang yang boleh diharapkan, anda seorang yang amat pengasih dan dia pasti selesa dan suka bersama anda! ;)


CINTA - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)
SAYANG - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang 
di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)

SUKA - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah…)
MINAT - Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )

Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu…

<$BlogItemDateTime$>

Disclaimer ♥


Welcome!
Attention Please!!



Hello chits chat here!♥



Way Out Here!♥

want to be linked? tell me want to be linked? tell me want to be linked? tell me
Follow Me!♥



 Facebook

JUst cLICK Me ♥
Ask ME babe!♥


Layout by 16thday
Resources One Two Three